SEMOGA BLOG INI BERMANFAAT DAN MENJADI LADANG IBADAH KITA DAN NIATKAN SEMUA AMALAN KITA UNTUK IBADAH KARENA ALLAH TA'ALA. UNTUK MENCARI RIDHO ALLAH

Jumat, 17 Januari 2020

Amalan Doa Akhozan/akhoz

Doa Akhozan/akhoz (Dari Nabi S.A.W kepada para sahabat)


Alhamdullllahi Rabbi ‘Alamin Washolatu Wassalamu Ala Ashrafil Mursalin Wa ’ala Alihi Washohbihi 

Ajma'in Allahumma Akhoztu Sam'an makholaqAllahu Ta'ala Wabashorohum Bisam 'Illaihi ta'ala Waashorihi Akhoztu Quwata MaKholaqAllahu Ta‘ala

Wasultonahum Biquwatillahi Ta‘ala Wa Suttonihi Jibrailu ‘AnYamini Wa lsrofilu AnYasari Wallahu Ta'ala Minaljawanibi Ihfadzni Rabbi Rabbi Hasbi Wa 'Alaihi tawakkaltu Hasbi yAlIahu Wani'kmal Wakilu WanI‘kmal Maula Wani'kmal Nasiru Bifafzlika Waquwatika Ya Robbal Alamin (Istajabtu Ya Robbi 3x) 
Wa Laa Hawla wa Laa Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil Azim (Istajabtu Ya Robbi 3x) 
An akyu Ninna Zhirina Minal Insi wal jin Wakhuz Minhum ajma'ina bifadlika Ya Arhamar rahimin walhamdulillahi Robbil 'Alamin 

Fadilatnya ialah : (segalanya dgn izin Allah)

1. Pada menyatakan faedahnya doa ahoz baginda rasulullah saw sgt besar dan mujarab. Maka barangsiapa membaca doa ini dengan tulus ikhlas hatinya lagi bercinta kpd Allah taala,
insyaAllah akan diperkenankan Allah taala pintanya. Dan dimuliakan akan dia dgn bertambah2 serta dianugerahkan oleh Allah rezeki bertambah2 tiada kurang selama hidupnya jika dibacakan doa ini dihadapan raja2 atau org besar2 nescaya dikasihinya oleh mereka itu jika dibacakan dihadapan perempuan2 ahlinya dan ditiupkan pada muka (wajah) nescaya tertahan hatinya, artinya tertambat hatinya kasih sayang akan dia.

2. Bermula ujar baginda Ali tatkala aku berperang dgn kafir dgn kudrat Allah dtglah pertolongan akan daku hingga lari sekalian org kafir itu apabila melihat akan daku dan aku terlepas drpd merbahaya itu dan ujar Saidina Usman tatkala aku membaca doa ini diterangkan Allah hatiku membaca Quran dan mana2 ayat yg telah dilupakan balik teringt dgn berkat doa ini.

3. Maka ujar baginda Ali karamallahhuwajhah lagi tatkala aku dan sekalian sahabat2 yang lain bersama2 rasulullah saw sabdanya segala penyakit2 pun jauh drpd kamu dgn berkat doa ini.

4. Demikian juga segala malaikat pun, hari2 ia hampir dgn kamu dan Allah membukakan pintu langit dan menurunkan rahmat atas kamu sekalian dan jika engkau hendak melihat serta -------- (rahsia yg ganjil) itupun dimudahkan Allah. Jika engkau hendak melihat malaikat atau jin dan syaitan bacalah doa ini ditempat2 yg sunyi sebyk 17 kali nescaya dapat engkau melihatnya.

5. Dan jika hendak -------- dgn org ramai atau hendak jadi penghulu atau ketua2 bacalah doa ini pd malam jumaat sbyk 70 kali dgn niat ikhlas insyaAllah org ramai taat dan menurut katanya.

6. Jika hendak lepas drpd binatang 2 yg buas bacakan doa ini dgn berkatnya ternganga mulutnya tidak dpt menggigit org yg membaca doa itu. Jika berkehendakkan air laut jadi tawar hendaklah bacakan doa ini kemudian kamu rendamkan kaki kamu didlm air itu, insyaAllah.

7. Jika kamu hendak dibunuh org bacakan doa ini dgn yakin dan ikhlas insyaAllah terlepas drp dibunuh. Jika hendak beroleh pangkat insyaAllah dan -------- oleh Allah, amalkan doa ini insyaAllah akan diperolehi. Jika padi ------ atau dimakan oleh ------ bacakan pagi2 dan ptg2 dikeliling bendang selama 3 hari insyaAllah akan berisi padi2 itu tidak jadi –

8. Jika engkau hendak berlayar di laut bacakan doa ini insyaAllah akan terlepas drpd angin dan ribut, jika karam dilaut insyaAllah nnt ia akan mengangkat ke darat. Jika engkau pergi ke negeri org bacakan doa ini 9 kali insyaallah akan dipermuliakan akan kamu. dan hajat kamu akan dpt dan ----- negeri itu kasih akan kamu dgn pertolongan Allah serta berkat syafaat rasulullah. Tiap2 lepas membaca doa ahoz ini diiringkan dgn membaca selawat nabi ( selawat syifa) sbyk 3 kali supaya jadi penawarnya.

9. 1 lg Ceritanya:- Dengan berkat doa ahoz ini ada seorg pergi belayar dgn beberapa org rakannya ke sebuah negeri membawa dagangan, apabila sampai ia kenegeri yg ditujunya itu dtglah org2 raja memeriksa kpd sekalian mereka itu didapati mereka ada membawa brg2 larangan kerajaan, mereka itupun ditahan tapi ada seorg drpdnya terlepas tidak ditahan. Maka mereka itu sendiri hairan apakah sbbnya yg dia tidak kena tahan dan diperiksa. Lalu ia teringt dan membykkan sangkanya ialah sbb ia mengamalkan membaca doa ahoz tiap2 kali hendak belayar.

10. Maka ada suatu kisah yg lain lagi iaitu suatu tempat yg ada penunggunya drpd jin dan syaitan
barangsiapa tidur disitu selalu diusir oleh jin dan syaita itu terkadang org yg tidur itu diangkatnya dan dialihnya ia ketmpt yg lain, apabila ia sear drpd tidurnya hairan ianya sudah berada di lain tmpt, pada suatu malam ada seorg tidur disitu dan tatkala hendak tidur lalu ia membaca doa ahoz ini didapatinya mereka itu selamat tiada dpt diapa-apakan oleh jin itu, sbb itu nyatalah berkat dan mustajabnya akan doa ahoz baginda rasulullah ini.

11. mnjadi Peringtan:- Dan lagi berkat jasa doa ini ialah masa org jepun dtg menyerang tanah melayu dahulu ada org2 kita bekerja ditempt kapal terbang di singapura tatkala terbang jepun mengugurkan bomnya disekeliling kawasan kapal terbang tersebut maka org yg mengawal disitu lalu membunyikan siren (signalnya) menyuruh org ramai masuk lubang yg disediakan untuk menyelamatkan diri masing2 drpd marabahaya bom jepun itu mereka itupun masuklah lubang itu untuk menyelamatkan dirinya dgn ketakutan hanya berserah kpd Allah yg kuasa memeliharakan dirinya maka iapun teringt akan doa ahoz ini lalu dibacanya beberapa kali. Apabila kapal terbang jepun undur, masing2 keluar dari lubang itu maka dilihatnya ditepi lubang itu ada sebutir bom jepun yg tidak meletup lalu ia mengucap syukur kpd Allah dgn berkat doa Ahoz ini Allah memeliharakan dia drpd bahaya bom itu.

(Sumber: Tn Hj Omar b. Hj Othman, 1971, Melaka)
(Dirumikan oleh W.A)
Share:

0 komentar:

Posting Komentar

Total Tayangan Halaman

BTemplates.com

Pengikut

Diberdayakan oleh Blogger.